Assalamualaikum!
Mak teh baru balek dari bank H**$, pergi masukkan duit dalam akaun Ally. Dua hari yang lalu Ally telah mesej bahawa duitnya tinggal beberapa geneh ( sebutan bagi wang Mesir )saja lagi. Mak tehpun mesej Yanna, adakah dia memerlukan wang bolehlah dimasukkan sekali. Jawapannya dia masih ada wang cukup sehingga hujung bulan. Anak-anakku yang dua orang itu akan menghadapi peperiksaan tidak lama lagi.
Mengenangkan anak-anakku yang jauh di rantau itu, maka terfikirlah aku betapa bertuahnya anakku yang sorang ini ( Cik Su ). Dia sekarang di dalam Tingkatan 2 sekolah kami. Sekiranya kami tidak membuka sekolah ini sudah pasti dia sekarang akan berada di Mesir bersama kakak dan abangnya. Itulah rancangan kami pada masa dulu ia-itu beberapa tahun yang lalu sebelum kami membuka sekolah ini.
Beruntungnya Cik Su sekarang dia mempelajari agama mengikut silibus Maahad Al-Azhar, dia menghafaz al-Quran mengikut silibus Al-Azhar juga dan mengikuti matapelajaran akademik mengikut silibus KBSM ( kerajaan Malaysia ). Dia tinggal di asrama penuh, asramanya merupakan sebahgian dari rumah kami. Namun Cik Su tidak mahu makan makanan-makanan yang di sajikan di meja makan kami. Semangat setiakawannya cukup kuat, dia hanya memakan apa yang dihidangkan kepada Anak-anak Tahfiz Puteri. Jika ada makanan extra yang aku hulurkan kepadanya dia akan bawa kepada kawan-kawan untuk dinikmati bersama.
Aku teringat kakaknya Yanna yang telah merantau belajar ke Mesir sejak dia berumur 14tahun seperti umur Cik Su sekarang. Memang bertuah sangatlah anakku yang satu ini. Yanna di umur Cik Su sekarang telahpun pandai membasuh kain sendiri, memasak makanan sendiri, berebut-rebut naik bas pergi ke Maahadnya seorang diri. Ternyatalah Yanna seorang yang tabah. Sehingga hari ini sudah 6 tahun Yanna berada di bumi Mesir. Yanna akan pulan ke Malaysia (tamat belajar ) 3 tahun lagi dan kami berharap dia akan menjadi tenaga pengajar di sekolah kami. Ally pula akan tamat belajar 2 tahun lagi dan kami juga berharap dia akan menjadi peneraju sekolah kami. Lia di Jordan pula akan Insya-Allah 2 tahun lagi dan kami berdoa dia akan mendapat gelaran seperti yang orang di Jordan memanggil dia, Dokturah Nur !
Aku dan Pak haji berharap Cik Su dapat menggunakan peluang baik dirinya ini untuk belajar bersungguh-sungguh. Cita-cita Cik Su nak mempelajari bidang Astronomy Islam.
Anak bongsu Mak teh, Cik Su dalam uniform Kadet Tahfiz
Anak-anak Tahfiz Puteri sedang mendengar taklimat
Seorang anak Tahfiz sedang menikmati makanan " masakan Mak Aji "
Permit expired ! Dan kisah ibu tua
4 years ago
Senoga anak bongsu makteh akan tercapai cita2nya InsyaAllah.
ReplyDeleteCik su memang beruntung, semuga cita-cita cik su dan Mak teh akan menjadi kenyataan, insyaallah. Doakan yang sama untuk anak kami juga....
ReplyDeleteSalam...Kak Long
Sarina,
ReplyDeleteSama-samalah kita berdoa. Terima Kasih!
Kak Long,
ReplyDeleteKita semua berdoa agar semua anak-anak Tahfiz akan berjaya mengikut cita-cita masing-masing di dunia dan semuanya berjaya di akhirat.
Doa seorang ibu untuk anaknya adalah kunci kejayaan anak!
Cik Su nampak tough! bagus macam tu.. walaupun duduk bawah ketiak mak (heheee..), tapi semangat setiakawan cukup kuat..
ReplyDeletesesetegah budak, sangatlah manja.. semuanya nak mak.. ;)
Neeza,
ReplyDeleteWalaupun dia anak bongsu, kami tidak terlalu manjakannya. Mak tehpun kagum dengan semangat setiakawannya dan ukhwah anak-anak tahfiz kami kesemuanya.
Amat ketara berlainannya dari sekolah yang jenis lain. Ini adalah komen seorang Pengetua dari sekolah jenis lain itu.