Assalamualaikum!
Semalam kami terima seorang pelajar lelaki baru dari Bangi. Dia mula masuk kelas hari ini. Nampaknya tahap akademik dia ok sebab keputusan UPSR dia 4A 1B. Bacaan al-Quran dia juga lancar dan bertajuid. Kedua-dua ibubapanya adalah overseas graduates. Kami rasa dia akan dapat cepat menyesuaikan diri walaupun masuk agak lewat.
Hari ini adalah hari jadi 2 orang anak-anak tahfiz kami AI dan AN. Emak AI ( seorang anak tahfiz puteri) telah memberitahu akan hantar makan malam spesial umtuk semua anak-anak tahfiz. Manakala bapa AN ( seorang anak tahfiz lelaki ) telah order kek untuk semua anak-anak tahfiz. Nampaknya kenyanglah mereka hari ini.
Rezeki anak-anak tahfiz sememangnya murah. Beberapa kali aku di pasar membeli barang-barang keperluan segar aku terkedu melihat harga ikan yang tinggi melambung. Namun aku teruskan juga membeli barang-barang keperluan itu, ada-ada saja rezeki datang. Kadang-kadang ada orang tolong bayarkan, kadang-kadang ada hamba Allah hulurkan wang. Apabila keadaan yang tak disangka-sangka begitu berlaku aku tercengang dan setelah mengucapkan terimakasih kepada hamba Allah itu aku terus mengucapkan Tasbih serta berkata-kata di dalam hati sendiri, " Sesungguhnya Allah yang memberi rezeki kepada anak-anak ini!"
Hujung minggu ini kami akan buat lawatan ke Kuala Selangor. Kami akan pergi melihat kelip-kelip di kawasan sungai Kuala Selangor.
Permit expired ! Dan kisah ibu tua
4 years ago
Alhamdulillah... rezeki anak2 ni memang murah.
ReplyDeleteSelalu saya dengar kisah rezeki yang diterima secara tak disangka2 oleh sahabat yang ada sekolah agama , itulah berkat namanya, Alhamdulillah.
ReplyDeleteOrang mengaji memang murah rezeki.. itu yang Neeza selalu dengar..
ReplyDeletedan ada jugak nampak sendiri..
Alhamdulillah! Sejak kami menjalankan aktiviti sekolah Tahfiz ini dah nampak betullah perkara itu berlaku.
ReplyDelete