Thursday 16 April 2009

Alhamdulillah , Kami Menang !

Salam Semua!

Hari ini berlangsung pertandingan memanah peringkat Daerah di Shah Alam. Kami telah menghantar 4 orang ahli memanah dari sekolah kami. Pertandingan bermula dari jam 9.00pagi dan berakhir jam 4.00 petang tadi. Ada ramai peserta dari sekolah-sekolah dalam daerah Petaling Perdana. Pada sesi pagi tadi semua anak-anak Tahfiz kami telah di bawa ke medan pertandingan untuk memberi sokongan moral.

Alhamdulillah, apabila keputusan diumumkan 2 orang peserta dari sekolah kami ia-itu Adz dan Syim telah berjaya untuk mewakili Daerah Petaling Perdana untuk ke pertandingan memanah peringkat Negeri Selangor pada bulan Mei.

Mendengar berita kemenangan kami, Mak teh dan Pak haji segera ke asrama untuk menyambut juara kami pulang dari medan pertandingan. Anak-anak Tahfiz lain segera berbaris di hadapan pintu pagar dan apabila juara kami sampai mereka di sambut dengan lagu kemenangan atau victory song " We Are MATAQSAN " Bukan main gembira dan semangat lagi susana ketika itu. Pak hajipun sibuklah mengambil gambar merakamkan saat itu yang sudah tentunya akan masuk dalam lembaran sejarah sekolah kami. ( Nanti aku akan cuba uploadkan gambar-gambar berkenaan.)

Alhamdulillah, berbaloilah usaha kami dan anak-anak Tahfiz kami. Selepas ini kami akan beri mereka latihan untuk menguatkan stamina mereka. Insya-Allah semoga banyak lagi berita kemenangan anak-anak Tahfiz kami di masa hadapan dalam pelbagai bidang. Ameen!

Matlamat sekolah kami ialah untuk membina anak-anak ini dari semua aspek. Salah satu Motto kami juga berbunyi, " An All Rounded Education For Here And Hereafter " Bagi mak teh dan Pak haji kami boleh berkata, " Give us your child and we will make a champion ( develope some good qualities ) out of him or her, Insya-Allah! "


px;


Barisan Pemanah Kami .... steady dan handsome !






Menyiapkan Peralatan Memanah






Warming-up di Garisan Permulaan






Seorang Pesrta kami beraksi .... Bakal Juara !






Anak panah tercacak di sasaran ........60 meter nun jauh di hujung padang






Pulang dengan kemenangan di sambut depan pintu pagar






Disambut oleh semua warga MTAQSA dengan lagu kemenangan " WE ARE MTAQSAN"

7 comments:

  1. Salam Tahniah buat semua warga sekolah !!

    Saya doakan agar kejayaan akan terus bersama anak2 tahfiz InsyaAllah.

    Tak sabar nak tengok gambar2 ceria itu !!

    ReplyDelete
  2. tahniah!!! segak bergaya mereka yek..
    Alhamdulillah.. menyahut sunnah anak anak tahfiz ni...

    ReplyDelete
  3. Sarina, terima kasih ! Kemenangan ini juga berkat doa ramai orang termasuk Sarina! Gambar yang last tu kalau dibesarkan nampaklah cikgunya di belakang. Hehehe!

    ReplyDelete
  4. Neeza,
    Insya-Allah! kami berazam menyahut semua sunnah nabi. Memanah ini, bermainnya sajapun sudah mendapat pahala !

    ReplyDelete
  5. salam,

    Nampak dah cikgunya ..sama bersemangat dengan anak2 murid :)

    ReplyDelete
  6. Tahniah buat warga MTAQSA. Insyaallah, akan ada banyak lagi kejayaan buat warga MTAQSA di masa hadapan.

    Kak Long

    ReplyDelete
  7. TAHNIAH ANDA SEMUA TAHFIZ TERPELIHARA TERUSKAN MAJUKA DIRI DEMI ISLAM TERCINTA. MARTABATKAN BIDANG TAHFIZ SETINGGINYA LEBIH DARIPADA SEGALA......

    ReplyDelete