Salam semua!
Hari ini keletihan yang amat sangat. Hampir maghrib baru sampai rumah dari K.L. Aku pergi ke PWTC siang tadi untuk melakukan dua perkara, sambil selam sambil minum air. Pertama aku nak pergi beli beberapa buah buku yang aku tak sempat beli hari yang kami pergi ke Pesta Buku Antarabangsa Sabtu lalu. Kedua aku nak jumpa kawan lama aku Datuk K ( tidak ada kena mengena dengan orang lain punye Datuk K ).
Apabila anak-anak Tahfiz Puteri dengar aku nak ke PWTC, merekapun merayu nak ikut sama. Mereka menyatakan ada beberapa buku yang mereka tak sempat beli hari itu. Kami bertolak jam 3.00 pm dan sampai jam 4.00 pm. Aku terus pergi mencari buku yang aku hendak beli sambil membeli 3 naskah bukuku yang nampaknya ada beberapa naskah sahaja lagi. Kemudian aku mendapat panggilan dari Datuk K memberitahu dia sedang menungguku di Riverside Cafe.
Sebaik bertemu kawan lamaku ini, kamipun berpeluk-pelukan ( kami sama-sama perempuanlah ! Hehehe ). Memang rindu sangat dan suka sangat dapat bertemu kawan lama. Di kampus dulu, Datuk K macam aku juga naik motor kesana kemari. Apa lagi bertemu kawan seperjuangan yang dah lama sangat tak jumpa ( hampir 30 tahun kami tak pernah berjumpa, telefon pernah le masa dulu-dulu dah lama dah kami tak berhubung )maka bersembanglah kami mengenai segala perkara.
Punya seronok bersembang tak rasapun jam dah 5.30 p.m. Tadi dah janji nak jumpa anak-anak yang mengekor tu jam 5.30 untuk pulang. So akupun minta diri untuk berpisah dengan sahabatku itu. Ok, it was a pleasant meeting, Datuk belanja minum dan makan kami tadi dan aku telah hadiahkan dia senaskah bukuku. Aku harap dia ada masa nak membacanya.
Eh, bukan sebab tu saja yang mak teh menjadi letih. Awal pagi bangun jam 4.00. Bersiap untuk ke Masjid Negeri membawa bersama anak-anak Tahfiz kami. Solat subuh berjemaah di masjid disubuh Jumaat di kira sangat spesial sebab ada sujud Sajaddah. ( Dulu mak teh dah pernah tuliskan mengenai sujud sajaddah ).
Selesai solat subuh kami ke rumah seorang jiran kerana ibunya telah meninggal dunia semalam. Anak-anak Tahfiz membaca Yassin dan Tahlil untuk arwah. Sejuk hati melihat dan mendengar anak-anak Tahfiz kami membaca sebagai sumbangan mereka kepada masyarakat. ( sebelum kami buka sekolah ini kalau nak mencari orang untuk bertahlil agak susah )
Selepas itu aku menyuarakan kepada tuan rumah yang aku boleh membantu cari caterer menyediakan makanan untuk ahli keluarga dia yang ramai datang dari jauh. Malangnya apabila aku kontek caterer tidak ada yang sanggup nak menyediakan makanan itu dalam masa yang begitu singkat. Jadi tanpa lengah aku terus ke pasar. Akhirnya aku dan pembantu memasakkan separu makanan itu dan jiran sebelah rumahku yang baik hati memasakkan sebahgian besar dari menu yang kami sediakan. Jam 11.30 makanan tersebut telah kami hantrkan kerumah jiran sebelah rumah yang ada kematian itu.
Itulah cara kami berjiran kawasan kami ini, apabila ada kematian jiran-jiran akan membantu menyediakan makanan dan makanan itu akan di hidangkan di rumah jiran sebelah. Setidak-tidaknya tuan rumah diringankan bebannya untuk memikirkan hal makanan dan saudara-mara yang datang berkunjung tidak kelaparan setelah pulang dari pengkebumian. ( Setahu aku ada larangan memasak dan memakan di rumah orang yang ada kematian )
Alhamdulillah ! Semuanya berjalan dengan baik hari ini. Aku rasa bahagia walaupun sangat keletihan kerana kami dapat menyumbangkan sedikit tenaga dan dapat memainkan peranan dalam masyarakat. Ameen!
Sejambak bunga untuk kawanku Datuk K....( Ni bunga Pak Haji tanam di taman Asrama )
Anak-anak Tahfiz semasa ada jamuan di rumahku
Anak-anak Tahfiz Puteri di malam jamuan di rumahku
Permit expired ! Dan kisah ibu tua
4 years ago
Terkejut baca makteh berpelukan dengan Datuk K... perempuan rupanya Datuk tu ...hehehe .
ReplyDeleteSikap bantu -membantu jiran amat baik sekali dan sekarang ni di setengah tempat jarang nampak dipraktikkan .
Al fatihah buat yang sudah pergi.
Sarina,
ReplyDeleteAlhamdulillah, di kawasan Mak teh kami cuba hidupkan semangat kejiranan itu. Nampaknya so far so good ! Ada pengunjung dari luar memuji semangat kejiranan kami.
Maaf! Kebelakangan ini mak teh tak dapat nak komen dalam blog sarina dan beberapa lagi. Komen telah dibuat bila nak post dia tak terima. Belum tahu apa sebabnya. Nanti anak mak teh cuti dia nak cuba buang virus itu.
tetang larangan memasak dan makan tu neeza tak pasti pulak. Tapi, memang ada dengar bahawa tahlil yang orang melayu kita selalu amalkan - ada malam2 tertentu. Lepas tu kena bagi makan dan upah tu sehingga membebankan tuan rumah si mati, tak ada dalam Islam sebenarnya. Bidaah semua tu. Tapi, rasanya baca Quran tu okay aje bagi menghidupkan suasana muram kan..
ReplyDeleteNeeza,
ReplyDeleteMemang benar ada larangan tidak boleh masak dan makan di rumah ada kematian pada hari kematian atau sebelum mayat di kebumikan. Di kampung mak teh di Kedah sangat kuat berpegang kepada larangan itu.
Membaca al-Quran dan buat Tahlil di benarkan mengikut mazhab Syafie. Tetapi di jadikan adat orang Melayu dulu-dulu mesti membuat tahlil dan kenduri arwah pada bilangan tertentu dari hari kematian itu tidak boleh, umpamanya malam hari ke7, ke 40 dan ke 100.
Membaca al-Quran di hadiahkan kepada arwah sememangnya boleh dan digalakan tidak kira pada waktu manapun.
Weekend baru ni tak sempat nak menjenguk blog Mak Teh...sibuk!! Tulah, adat orang melayu ni sebenarnya dah terbalik dari apa yang di ajar dan dituntut oleh Islam. Sepatutnya bila ada kematian, jiran-jiranlah (orang yang bukan keluarga)yang perlu menyediakan makanan bagi orang yang datang melawat atau pun kenduri arwah dan bukannya keluarga yang masih bersedih tu. Salah satu sebab penting, ditakuti sekiranya duit yang di gunakan untuk menyediakan jamuan adalah hak anak-anak yatim yang kematian ibu/bapa, haram hukumnya. Sebab tu suami saya kalau pergi kenduri arwah, dia tak makan kecuali memang telah dipastikan tiada anak-anak yatim dirumah tersebut....itu pun selepas kami belajar....he!he!
ReplyDeleteSalam...Kak Long