Salam semua !
Petang hari Selasa adalah masa bermain bola bagi anak-anak Tahfiz kami kalau tidak hujan dan padang tidak becak ( hujan malam semalam ). Oleh kerana sukan bola sepak merupakan aktiviti kegemaran nombor 1 bagi kesemua mereka, maka anak-anak Tahfiz akan berdoa pada hari itu agar hujan tidak turun. Makhbulnya doa anak-anak tahfiz ini selalunya hujan tidak turun pada petang itu namun adakalanya mereka tidak dibenarkan turun padang ( oleh Pak haji ) kerana padang becak.
Jadi pada hari yang mereka dibenarkan bermain, melurulah mereka ke padang selepas solat asar dan selepas menulis ayat-ayat suci al-Quran. Mereka di latih oleh 2 orang coach terlatih setiap kali mereka di benarkan bermain.
Lihatlah gambar-gambar di bawah ini bagaimana bersemangatnya mereka berlatih. Setelah mereka selesai bermain akan nampak kepuasan di wajah masing-masing. Kadangkala mereka bermain juga di padang yang sedikit becak. Pada masa itu kalau tengok pakaian mereka amatlah comot dan kotor sesuai untuk iklan serbuk pencuci sahaja ( iklan sebelum cuci ).
Permit expired ! Dan kisah ibu tua
4 years ago
Jom kita buat perlawanan persahabatan ?
ReplyDeleteInsaflah,
ReplyDeleteBoleh! Anda boleh kontek guru incharge koku iaitu Encik Mohammad Aizad tel: 012 2919800.
Kami juga mencari pasukan untuk perlawanan persahabatan bola jaring.
Terima Kasih !