Assalamualaikum!
Keadaan rumah kami agak kelam-kabut. Rumah kami sedang dibuat pengubahsuaian. Dulu mak teh pernah cerita sebahgian rumah ini telah dijadikan Asrama Puteri. Sekarang ada 16 orang anak-anak tahfiz perempuan sedang menghuni bahagian rumah yang di jadikan asrama. Keadaan asrama yang dah padat tidak membolehkan apa-apa tambahan katil atau penghuni lagi. Oleh itu kami telah membuat pengubahsuaian rumahku agar lebih luas bahagian bangunan untuk Asrama Puteri.
Apabila siap nanti ( lagi 2 minggu kut ) legalah sikit. Mungkin dalam masa 2 tahun kehadapan kami tidak perlu risau mengenai pengambilan baru anak-anak tahfiz puteri sebab perluasan asrama boleh menempatkan 30 orang kesemuanya.
Namun bagi Asrama Putera kami tidak ada tempat lagi. Sebuah rumah bunglo besar yang kami sewa sekarang dapat memuatkan maksima 36 orang. Kami telah berusaha dari tahun lepas untuk menambah tempat penginapan pelajar-pelajar lelaki. Kami kecewa kerana tdak berjaya mendapatkan sebuah rumah untuk disewa. Kalau adapun sewa yang di minta ialah rm 3,500- rm 4,000 sebulan.
Baru-baru ini tuan rumah bunglo bersebelahan Asrama Putera telah mempelawakan kepada kami untuk membeli rumahnya itu. Kami sangat teruja mendapat tawaran itu kerana tahun 2010 ( tahun hadapan ) kami bercadang hendak mengambil 40 penuntut baru. Denagn adanya nanti sebuah lagi rumah bersebelahan akan memudahkan opersi kami. Harga yang di tawarkan kepada kami RM 800,000.00. Mahalnya! Mana nak ambil duit nak beli tu?
Jawabnya " Tak tahu ! " Pak haji telah berkata " Kita rancang dan usaha sahaja. Tercapai atau tidak itu kuasa Allah." Adalah sedikit dalam rancanganku duit deposit akan disumbangkan oleh kami dan ibubapa, namun yang selebihnya aku belum nampak lagi.
Mendengar kata-kat Pak haji itu, aku relaxlah dengan keyakinan Insya-Allah akan tercapai niat untuk mendapatkan rumah itu. Namun pening juga kepalaku kalau aku memikirkannya. Tengoklah nanti macam mana, semestinya kami semua akan berdoa dan bersolat hajat untuk memohon kepadaNYA. Bukankah DIA MAHA berkuasa dan kesemua harta di langait dan bumi kepunyaanNYA?
Hari ini juga Pak haji telah membawa sepucuk surat kepada seorang ketua Syarikat Gergasi, memohon sebuah kenderaan ( sebuah bas ) untuk kegunaan sekolah kami. Maka besarlah harapan kami permohonan ini akan dipertimbangkan dengan sebaik-baiknya. Sudah tentulah anak-anak tahfiz akan sibuk dengan solat hajat dan doa memohon kepada Yang Maha Berkuasa agar keperluan mereka dapat di adakan.
Semuga 2 permohonan serentak hajat kami dan anak-anak tahfiz kami akan tercapai. Ameen!
Permit expired ! Dan kisah ibu tua
4 years ago
Salam Mak Teh,
ReplyDeleteSaya ni baca blog mak teh dari dulu..ada kemusykilan nak tanya..dan maafkan kejahilan saya..mak teh ada sebut ibadah sunat tak boleh tunjuk kepada orang..tapi kalau saya nak menunaikan umrah dan nak buat kenduri sikit..dan masa menjemput saya bagitau yang saya buat kenduri doa selamat sikit nak pergi umrah..macammana agaknya
Salam Anon!
ReplyDeleteMaksud mak teh tunjuk dengan niat nak menunjuk-nunjuk. Bagi kes yang anda cakapkan ini, anda nak buat kenduri doa selamat. Bila buat kenduri doa selamat mestilah kita memberi tahu hajat kita. Jadi pada pandangan mak teh tak salah lah kalau anda memberitahu anda buat kenduri doa selamat kerana hendak menunaikan unrah.
Maksud tak boleh tunjuk-tunjuk, umpama solat senat di khalayak ramai supaya orang boleh lihat, berzikir kuat-kuat supaya orang boleh dengar ( mazhab syafie zikir hendaklah mengeluarkan suara yang dengar ke telinga kita ). Zikir di majlis bolehlah kuat tidak salah. Menggunakan tasbih di khalayak ramai supaya orang nampak kita berzikir adalah di kira menunjuk-nunjuk ( dilarang berbuat demikian )
Bercerita pada orang bahawa kita telah buatmalan-amalan solat-solat sunat ( sepatutnya amalan itu tersembunyi ) tidak dibenarkan.
Insyaallah, doa dan hajat Mak teh, Pak Aji dan anak-anak tahfiz tu akan dimakbulkan oleh Allah swt dan sekiranya sebaliknya, yakinlah pasti ada hikmah. Mungkin Allah mahu menjanjikan sesuatu yang lebih baik......
ReplyDeleteAnon, (lainkali tinggalkanlah nama)
ReplyDeleteTerima kasih kerana sama-sama berdoa dengan kami. Ya, sekiranya tidak dapat apa yang di pohon kamipun berpegang kepada 'tentu ada hikmah di sebaliknya '.
Pohonlah dari Kerajaan langit. InysaAllah diaminkan oleh para malaikat.
ReplyDeleteAbang Long!
ReplyDeleteItulah tempatnya untuk kita membuat permohonan. Insya-Allah di makhbulkan! Ameen.