Salam semua!
Hari ini hari Isnin, seperti biasa anak-anak Tahfiz berpuasa sunat. Tiap kali mereka berpusa sunat pening juga kepalaku memikirkan apakah juadah istimewa untuk mereka berbuka nanti. Fikir punya fikir hari ini mak teh buatkan mereka mee kuah muar. Air untuk berbuka pula kami sediakan sirap bandung. Dah kira ok lah tu!
Aku sudah peka, tiap kali hari berpuasa sunat ada-ada saja anak tahfiz lelaki yang jatuh sakit. Bila di selidik, mereka ini sebenarnya yang malas bangun makan sahur. Jadi di siang hari orang lain berpuasa mereka akan demam atau sakit kepala dan sebagainya. Pagi tadi ada seorang yang mengadu lelah kami bawakan ke kelinik. Pada luarannya aku tengok dia tak apa-apapun. Kadang-kadang masa-masa beginilah aku mendambakan seorang doktor di kalangan kami. ( Kami menanti Dr. Lia pulang )
Mungkin anda masih ingat di tahun lalu aku ada menceritakan kisah seorang anak tahfiz yang pada mula masuk sekolah kami selalu mengatakan " Kamek nak balik! " . Selama 2 bulan pertama dia bersama kami hampir setiap hari dia berkata begitu kepadaku. Selepas itu dia tidak mengadu mahu balik ke kampungnya lagi.
Alhamdulillah, sekarang ini anak itu sudah dalam Tingkatan 2. Hafazan Al-Qurannya walaupun lambat sedikit dia telah berjaya menghafaz beberapa juzu'. Pencapaiannya dalam matapelajaran akademik adalah baik dan dalam matapelajara agama boleh dikatakan ok. Tetapi apa yang membanggakan kami seni tulisan khatnya amat berpotensi. Ibubapanya yang sangat bangga di atas pencapaiannya akan membawanya melakukan ibadah umrah bulan hadapan.
" Hey Kapten Izz ! Kamu nak belayar balik Sarawakkah? " Jawab Izz, " Tidak, kamek suka tinggal sini! " Inilah orangnya dulu cakap " Kamek nak balik!"
Pokok bunga di dalam kawasan asrama... hasil peluh Pak haji dan Anak-anak Tahfiz
Ini adalah usaha dan kebanggaan Pak haji
Sebuah bas idaman kami ( gambar hiasan sahaja )
Permit expired ! Dan kisah ibu tua
4 years ago
bagus betul amalan puasa sunat tu kan Mak Teh..
ReplyDeletesekarang mungkin ramai yang rasa berat nak buat. Tapi esok esok bila diorang dah besar, diorang dapat rasakan senang sangat aje nak buat puasa tu.. Insyaallah..
Neeza,
ReplyDeleteSebenarnya anak-anak tahfiz mudah dan suka berpuasa sunat. Yang susah nak bangun sahur tulah yang jadi masaalah. Selainnya tidak. Malah pada hari khamis kami tidak menyuruh mereka berpuasa sunat ( kerana kesian sebab ada aktiviti kawad ) ada yang melakukannya.
Bila IMAN dibaja dan disuburkan dari kecil. InsyaAllah.
ReplyDeleteBaguslah mereka di ajar berpuasa sunat dari sekarang. Insyaallah bila dah besar nanti ianya akan menjadi kebiasaan. Saya juga doakan MTAQSA akan mendapat bas yang diidam-idamkan....insyaallah.
ReplyDeleteSalam...Kak Long
Abang Long,
ReplyDeleteDengan ilmu dan latihan beribadah sebegini, Insya-Allah mereka akan menjadi orang yang bertaqwa.
Kak Long,
ReplyDeleteSekiranya tepat tekaan saya siapa Kak Long, maka anaknda Kak Long setakat ini tidak ada masaalah untuk berpuasa sunat.
Insya-Allah dengan doa anak-anak tahfiz dan kita semua akan tercapai apa yang dihajati.