Wednesday 22 April 2009

Habis Licin Semuanya !

Salam Semua!

Semalam mak teh sudah beli bahan nak buat laksa untuk makanan rehat jam 10.30 anak-anak Tahfiz. Kebanyakkan bahan-bahan untuk menbuat laksa seperti bihun laksa 24 peket 500 gm, ikan kembung 3.5 kg, timun, daun salad, daun kesum, kunyit hidup, serai, lengkuas dan limau kasturi sudah di beli semalam.

Jadi pagi tadi mak teh pergi ke pasar untuk membeli santan segar, satu lagi bahan penting untuk membuat laksa. Mungkin ada yang bertanya, " Laksa apa ni pakai santan ? "

Haa! mak teh nak masak laksa Kedah kuah lemak, yang mana lebih sedap kalau pakai santan segar. Kami jarang-jarang sajikan menu laksa ini kepada anak-anak Tahfiz kerana pembantuku kata ianya kerja yang leceh. Dia merungut kerana banyak bahan yang perlu disediakannya. Kuahnya akulah yang kena masakkan, pembantu tak berani nak buat kuah laksa ini. Kalau aku suruh juga dia buat dia akan berkata, " Tak mahu nanti tak sedap ibu marah!" Begitulah juga untuk masakan jenis berkuah yang lainpun akulah yang terpaksa menyinsing lengan baju.

Nasib baik hari ini kelas aku bermula jam 11.00pagi. So sempatlah aku memasak kuah laksa yang istimewa ini. Sementara kuah nak mendidih, bau semerbak menjalar hingga ke porch rumah di mana anak-anak Tahfiz junior sedang belajar. Oleh kerana rehat mereka jam 9.30 masuklah Ilai Ketua Pengawas Junior, bertanyakan apa yang kami sedang masak. Kesian! dah laparlah tu, jam 9.45 barulah makanan untuk mereka di hidangkan.

( Warning : Read this at your own risk!....Harap orang yang membaca kisah ini yang di Jordan, Cairo, Cardiff dan lain-lain tempat tidaklah terlalu kecur airliur hingga termimpi-mimpi nak makan laksa pula )

Aku sampai di sekolah jam 10.30, anak-anak Tahfiz sedang beratur untuk mengambil makanan mereka. Seperti biasa akupun berpesan jangan ambil berlebih-lebihan. Beberapa minit kemudian, sedang aku duduk berbual dengan guru-guru datanglah seorang anak Tahfiz melaporkan, " Mak Aji! makanan tidak cukup! Habis licin semuanya ! " Ini laporan yang biasa aku dengar kalau buat hidagan yang istimewa sikit.

" Berapa orang tak dapat? " tanyaku

" 4 orang termasuk saya. Bihun laksa ada sikit, kuah dah habis!" katanya.

Kasihan! Bukan makanan tak cukup, aku dah lebihkan semasa mengira masuk dalam bekas tadi. Ada yang ambil berlebihanlah tu. Selalunya begitulah jadinya. " Ambil laksa itu dan pergi pada kawan-kawan yang mangkuknya bergenang dengan kuah. Pergi syer dengan mereka. Mereka yang ambil bahagian kamu." kataku.

Waktu rehat sudah hampir tamat lalu aku melangkah nak pergi ke kelas. Sambil itu aku menjenguk tong-tong makanan tadi. Memang betul habis licin semuanya. Mereka yang lapur tak dapat tadi sedang makan bersama kawan-kawan lain.

" Sedaplah Mak Aji ! Rasa nak lagi! " kata salah seorang dari mereka.

Aku tersenyum, " Boleh! Nanti kita buka katin noo.....! Siapa yang nak lebih boleh beli lagi semangkuk! hehehe ...." .

Aku masih tersenyum sambil menapak anak-anak tangga naik ke kelas di tingkat 3. Aku merasakan sesuatu kepuasan, rasa berbaloi bertungkus-lumus menyediakan makanan untuk mereka setiap hari.




Sedang tekun belajar dalam kelas

6 comments:

  1. neeza tak pernah makan laksa kedah..
    tapi bila sebut kuah lemak tu, neeza dapat imagine.. tentu lah sedap..

    nak la jugakkk!!!!!


    hehehee...

    ReplyDelete
  2. Hantu Laksa sudah datang .... hi hi hi hi hi

    ReplyDelete
  3. Neeza,

    Nanti balik Malaysia, mak teh buatkan noooo!
    Nasib baik Neeza tak mengandung sekarang. Kalau tak leleh air liur anak.....

    ReplyDelete
  4. Insaflah,

    Mak teh takut pada hantu....... walaupun dia hanya Hantu Laksa....! Heheheh!

    ReplyDelete
  5. Terliur saya dibuatnya...kebetulan saya memang peminat laksa terutama laksa johor and laksa kelantan. Tapi rasanya tak pernah lah pulak makan laksa kedah....kat mana nak dapat ye?

    Salam...Kak Long

    ReplyDelete
  6. Salam Kak Long,

    Saya tak pernah tahu ada orang jual laksa kedah kuah lemak kat Klang valley ni. Mula dulu ingat mak tehlah nak buka kedai makan " Kedai Makanan Tahfiz " Tapi tak mungkin mak teh boleh buat kerja lain setelah dilantik menjaga anak-anak Tahfiz kita ni.

    Takpe, nanti mak teh beri resepinya, kak long boleh buat sendiri. Memang sedaaap !!

    ReplyDelete