Tuesday 26 May 2009

Batch Pertama Dari Luar Negara

Assalamualaikum !

Awal pagi tadi angin kuat macam nak hujan ribut. Kemudian tengah hari hingga ke saat ini cuaca gelap macam nak hujan, namun belum ada setitikpun hujan yang turun. Apapun aku bersyukur kerana kain di ampaian sudah kering.

Bercakap mengenai kain di jemuran teringatlah kisah kami dengan masaalah washing machine yang dah udzur itu. Baru-baru ini dah repair 2 kali, sekali repair bayar Rm 250. Mujurlah ada orang yang terbaca bebelan mak teh ini, maka dia nampak kelibat mak teh dipasar di hulurkan duit untuk bayar kos repair yang pertama tu. Lepastu repair lagi, ganti motor pulak kena lagi Rm 250.00. Alhamdulillah, sekarang dah jalan baliklah mesin itu.

Pak haji telah berbincang dengan sebuah syarikat pengeluar washing machine jenama yang terkenal ( dari dulu kami pakai jenama tulah )untuk membeli sebuah mesin yang kapasiti lebih bertahap komersial. Harga yang di tawarkan rm 16,000. Nak order mesin ini kena letak deposit 30%, 2 bulan lagi baru dapat. Kami bercadang hujung bulan ni nak buat order mesin tu. Setakat ini bolehlah bertahan nak buatbayaran deposit itu, nak bayar yang selebihnya itu kami berdoa rezeki yang akan datang. Insya-Allah! Semoga dipermudahkannya.

Kami selalu berdoa agar di hantarkan kepada kami ramai pelajar-pelajar yang cintakan Al-Quran. Namun tidak kami sangka Allah akan menghantar seramai 10 orang dari luar Negara dan warna kulit yang berbeza dari kita ( orang yang berasal dari sebuah wilayah di benua Afrika ). Setakat ini sudah ada 5 orang lelaki dan 5 orang perempuan yang telah memohon untuk masuk sekolah kami. Fikir punya fikir nampaknya kami kenalah menerima masuk pelajar-pelajar baru ini. Mereka akan mula belajar di sekolah ini apabila buka semester 2 nanti.

Perkara yang menjadi masaalah sekarang ialah mana kami nak letak mereka ini ( pelajar-pelajar lelaki ) sebab asrama kami sudah melebihi hadnya. Setiap hari kami akan ronda kawasan berhampiran untuk mencari bangunan kosong sesuai untuk kegunaan asrama kami.

Selain dari itu kami juga masih menerima banyak pertanyaan untuk kemasukan baru. Kami amat bersyukur di atas sambutan orang ramai terhadap sekolah kami. Untuk menerima masuk pelajar yang nak pindah dari sekolah lain, kami amat berhati-hati. Kami bukan saja melihat dari segi prestasi akademik, kami juga melihat dari segi lapuran disiplin pelajar itu. Pendek kata pelajar yang sudah ada masaalah disiplin di sekolahnya tidak akan kami terima masuk.

Bagi ibu-ibu yang tidak sabar menunggu hari Ahad ini untuk menjemput anak mereka pulang, harap bersabarlah. Hanya tinggal 2 hari lagi mereka ada peperiksaan dan 2 hari selepas itu anda bolehlah mengambil mereka pulang. Insya-Allah anada akan dapati ada perubahan yang baik pada anak-anak anda. Bersyukur dan berdoalah lagi.

Sekian dulu, Wassallam !





Anak-anak Tahfiz Puteri Kami di hari Ujian Tilawah Hafazan




Anak-anak Tahfiz Putera kami di hari Ujian Tilawah Hafazan

6 comments:

  1. Semoga kehadiran anak2 pelajar baru dari luar negara akan lebih memakmurkan dan lebih memajukan lagi sekolah makteh InsyaAllah.

    ReplyDelete
  2. Salam Makteh, semoga dikurniakan kesihatan dan umur yang panjang.Dah lama x masuk sini.

    Alhamdulillah..semakin mendapat sambutan, moga lebih diberkati Allah usaha makteh & pak aji.
    amin.

    Mawar

    ReplyDelete
  3. Semoga ianya memberi persaingan yang sihat di antara anak2 tahfiz dan dapat memanjangkan tali persaudaraan sesama islam...insyaallah

    Salam...Kak Long

    ReplyDelete
  4. Sarina,

    Insya-Allah, kami rasa ada hikmahnya mengapa pelajar-pelajar luar ini teropong datang ke Malaysia. Mereka tidak tahu menahu mengenai sekolah kami tetapi Allah telah melorongkan mereka sampai kemari.

    Kata mereka tujuan mereka datang ke Malaysia adalah untuk mendapat pendidikan Islam.

    ReplyDelete
  5. Salam Mawar,

    Adakah andar Mawar aka Mamalisa? Kalau benar maka memang sudah lama kita tidak berhubung.

    Mak teh harap Mawar dan anak-anak dalam keadaan sihat.

    ReplyDelete
  6. Kak Long,

    Kamipun harap begitu sebab pelajar dari luar Negara ini petah berbahasa Inggeris dan Arab. Mereka di lahirkan di Australia dan Canada walaupun ibubapa mereka berasal dari Afrika.

    ReplyDelete