Friday 29 May 2009

Hari Bergambar Sekolah Kami

Assalamualaikum !

Hari ini hari kami merakamkan gambar anak-anak Tahfiz bersama guru-guru untuk setiap kelas. Kami juga akan merakamkan gambar semua anak-anak Tahfiz Puteri dan anak-anak Tahfiz Putera berasingan. Semua pelajar-pelajar dan guru-guru telah diberitahu akan perkara ini. Harap-harap cuaca menyebelahi kami. ( sekarang nampaknya cuaca mendung ).

Aku perlu ke pasar dahulu untuk membeli barang-barang keperluan memasak makanan untuk jam 10.30 dan juga persediaan untuk makan malam. Hari ini kami akan hidangkan laksa kegemaran mereka. Pastinya hari ini aku akan sediakan anggaran yang berlebihan.
Disebabkan harga ikan terlalu mahal kami akan masak daging untuk makan malam nanti. Harga daging sekarang rm 20 sekilo. Kami memerlukan 2.5 kilo daging jadi sekali belanja untuk daging sahaja Rm 50 lebih murah dari membeli ikan bawal ( rm 70 )atau tenggiri ( Rm 100 ).

Kami telah mengambil gambar pada jam 9.00 higga 9.30 pagi tadi. Keadaan lighting kurang memuaskan. Sila lihat gambar di bawah ini.




Anak-anak Tahfiz Puteri Bersama Guru-guru




Anak-anak Tahfiz Putera Bersama Guru-guru




In Holiday Mood





The Brothers and Sisters In Our School

8 comments:

  1. Segak-segak belaka , Alhamdulillah !!


    Selamat Bercuti semua !!

    ReplyDelete
  2. Hmmmm....cantik-cantik dan segak-segak belaka, termasuklah anak saya...perasan! Guru-gurunya pun apa kurang.

    Anyway, Selamat bercuti dan selamat beristirehat buat anak-anak tahfiz semua (tapi jgn lupa homework)terutamanya buat Mak Teh dan Pak Aji.

    ReplyDelete
  3. Salam Mak Teh..
    Segak2 dan comey2 belaka... termasuk cikgu2 semua tu...

    Sedap tu laksa..makanan febret umie jugak..

    ReplyDelete
  4. Sarina,

    Thank you, thank you ! Semoga cantik kami lebih dalaman dari luaran.

    Alhamdulillah! Kami akan pergi bercuti.

    ReplyDelete
  5. Anon ( Kak Long ? )

    Kami cuba matain cantik dalaman dan luaran. Hehhehe!

    Terima kasih, kami akan berehat selepas nak pergi jalan-jalan ke utara dan Pantai Timur.

    ReplyDelete
  6. Salam Umie Kak Yong,

    Lama betul Umie tak singgah sini. Mak teh ada menjenguk Umie tetapi tak tinggalkan jejak. Seronok dengar orang puji kami comey, hehehe! Terima Kasih!

    Kalau suka laksa mailah sini boleh jamu selera bersama anak-aak Tahfiz kami.

    ReplyDelete
  7. Yes Mak Teh, Kak Long lah tu, lupa nak sign off. Tak pe, nanti lepas ni buka blogger account pulak. Sebelum ni ingat nak anon aje tapi kena tangkap ngan mak teh. Sikecik dah pandai-pandai buka blogger account sendiri, maklumlah dah biasa YM sana sini. Ni masih di off, baru nak balik (8.30 pm), saje buka blog nak tgk lagi gambar anak kesayangan!

    ReplyDelete
  8. Kak Long,

    Bagus buka blogger account. Boleh kita berceloteh setiap hari. Hehehe!

    Sikecik akan buka blog nanti you balej kah? Rasanya blog mak teh dia punya favorite kan ?

    ReplyDelete