Thursday 14 May 2009

Jazakallah, Syukran!

Assalamualaikum,

Setelah siap membeli barang-barang keperluan di pasar, aku beredar ke gerai majalah dan surat khabar. Sedang aku membelek surat khabar yang nak dibeli, suatu suara menegur dari belakang, " Assalamualaikum mak teh! "

Aku menoleh serta menjawab salam, " Waalaikumussalam! Maaf, siapa ni dah tak ingat nama? " Aku rasa kenal orangnya tetapi aku sudah tidak ingat namanya. Kalau tak silapku dia adalah salah seorang ahli kelab cofee room geng Nurazzah 8, bloggermate yang pernah datang kerumahku. Terus dia memberitahu namnya sambil bersalaman denganku. Tersentak mak teh sekejap kerana salamnya penuh berisi. " Ini sedekah diatas nama ayah saya. " katanya.

" Jazakallah! mak teh terima, syukran! " kataku.

Itulah selalunya terjadi, mak teh tidak pernah meminta tapi orang datang memberi. Ini adalah kerana mereka tahu usaha yang kami lakukan dan mereka tahu tujuan dan faedah bersedekh itu. Malukah mak teh menerima sedekah daripada orang? Kalau pada kedudukan mak teh yang dahulu tentu saja malu. Sekarang mak teh terima saja dengan tangan terbuka kerana keewangan itu adalah kerana menjalankan sekolah ini. Sekolah yang kami usahakan ini adalah bertujuan lebih kepada amal. Alhamdulillah!

Kepada geng Nurazzah8, mak teh ucapkan jutaan terima kasih kerana sudah beberapa kali ada saja di antara anda yang bertemu dan menegur sapa mak teh dan salaman anda penuh berisi yang membuat mak teh kadang-kadang terkedu. Lalu terkeluarlah ucapan-ucapan zikir dari mulutku sambil bergenang airmata. Subhanallah!

Bukan geng Nurazzah sahaja, ada silent readers blog mak teh yang telah diam-diam mengkreditkan kedalam akaun sekolah kami. Begitu juga sahabat yang mak teh dapat dari berblogging ini telah mengirim cek dan semua mereka tidak mahu naam mereka di sebut. Mereka tahu pahala mereka banyak dan akan terbatal kalau disebut-sebut kepada orang. Kepada anda semua Jazakallah dan syukran! Sekolah ini adalh sekolah anda juga. Kita sama-sama berjuang dan Allah sahaja yang membalasnya. Ada diantara anda yang minta anak-anak Tahfiz mendoakan sesuatu dan ada yang minta Pak haji dan mak teh doakan, maka kami telah melakukannya. Kalau kami tertinggalpun permohonan anda itu percayalah Allah telah mendengarnya.

Terima kasih kepada anda semua yang memahami perjuangan ini. Kami tidak meminta-minta dan tidak boleh menyebut-nyebut. Terima kasih kerana sama-sama berjuang dengan kami, anggaplah anak-anak Tahfiz kami adalah anak-anak anda juga. Allah Maha Mengetahui, Wasallam!




Melakukan Exercise Perlu Mengikut Arahan Coach





Exercise Untuk Menguatkan Stamina, lari-lari anak 4 pusing keliling sekolah ( ada yang mengeluarkan air mata tapi terpaksa habiskan juga pusingan itu )




Boys Lebih Bertahan Dalam Ujian Stamina ini

10 comments:

  1. Salam Mak Teh,

    Alahai..segan lah pulak saya Mak Teh letak nama saya ...
    Sebenarnya saya hanya berperanan menyampaikan dan bercerita kepada rakan-rakan saya di pejabat berknaan sekolah Mak Teh dsbnya.. dan memberitahu mereka jika mereka hendak menderma, boleh terus beri kepada Mak Teh. Selain drpd memberi alamat rumah Mak Teh, mereka juga boleh berjumpa Mak Teh di Pasar Sek 6... hehehe...mmg selalu nampak dan jumpa Mak Teh di situ...
    Alhamdulillah rezeki anak2 Tahfiz Mak Teh.

    p/s: Apa khabar Pak Haji? Kena rehat selalu dan jangan stress dan jangan buat kerja berat-berat sangat...Semoga semua dikurniakan Allah kesihatan yang baik, sihat sejahtera. Amin.

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah !!

    Segala usaha yang dilakukan adalah nimmat yang Allah berikan kepada hambaNYA yang berjuang di jalan Allah .

    ReplyDelete
  3. Murah rezeki betul.. ramai orang suka bersedekah sekarang ni kan Mak Teh.. Alhamdulillah...

    geng Nurazah8? geng apa tu Makteh?

    ReplyDelete
  4. Sarina,

    Alhamdulillah! Sememang rasa nikmat boleh bekerja di jalanNya dan menjadi HAMBANYA.

    ReplyDelete
  5. Alhamdulillah...murah sungguh rezeki mak teh dan anak-anak tahfiz. Selesai saje solat maghrib tadi sikecik terus tanya, "Dah buka blog mak teh?" He..he..macam dah satu kemestian pulak.

    Salam...Kak Long

    ReplyDelete
  6. Neeza,

    Alhamdulillah! Sekarang sudah ramai orang tahu fadhilat bersedekah. Mereka mencari-cari tempat yang sesuai untuk berbuat demikian.

    Geng Nurazzah 8 tu mak teh ynag beri gelaran. Nurazzah8 adalah bloggermate kita. Geng Nurazzah8 adalah kawan-kawan sekerjanya yang membuat kumpulan usrah, Mereka sentiasa mencari jalan untuk berbuat sesuatu kebaikan dalam hidup mereka setiap hari.

    Pada suatu masa dahulu mereka telah membaca dlam blog mak teh, kami kekurangan beras. So mereka datang sekumpulan menjenguk mak teh di rumah dan membawa bersama mereka beras dan sumbangan wang.

    Selepas itu geng Nurazzah apabila bertemu mak teh mereka selalu tegur sapa mak teh sedangkan mak teh tidak mengecam mereka. Apabila bersalaman dengan mak teh salam mereka selalunya berisi. Itulah yang terjadi pagi tadi. So mak teh terus blog mengenainya kerana terasa amat terharu.

    ReplyDelete
  7. Kak Long,

    Tiap kali kalu tak tulis blog memang teringatkan si kecil. Tentu dia excited nak tahu apa yang berlaku setiap hari.

    Beri tahu si kecil, harini angah makan mee hailam, lauk rendang ayam dan telur serta sayur bayam.

    ReplyDelete
  8. Alhamdulillah.... Ini yang orang kata rezeki anak2....

    ReplyDelete
  9. Mamamia,

    Dengan sumbangan dermawan-dermawan sekelian, dapatlah kami beri anak-anak ini makanan yang berkhasiat seperti susu segar, telur, tuna dll. Kami juga dapat membayar elaun coach serta bayaran kepada guru-guru tambahan seperti guru khat dan taranaum.

    Terima kasih kepada semua penyumbang dan penyokong.

    ReplyDelete
  10. Nurazzah!

    Peranan yang anda main itu adalah amat besar. You are spreading good words and encouraging good deeds. Keep it up!

    Alhamdulillah Pak haji semakin sehat dan juga semakin banyak kerjanya. Tambahan pula sekolah ini dia nak jadikan top school.

    So thank you so much for everything. May Allah Bless you always!

    ReplyDelete