Sunday 24 May 2009

Keadaan Cuaca Yang Panas !

Salam Semua!

Hari ini cuaca panas tak terkira. Bila rasa panas begini, mulut kita mulalah berkata, " Issy , Panasnyee !! " Maka terfikirlah pulak, " Tak baiklah kalau nak komplen pasal cuacakan. Ada orang suka panas, ada orang suka hujan. Siapalah kita nak komplen mengenai cuaca . Itu semuakan kejadian dan kehendah Allah SWT ".

Orang tua dulu-dulu, kalau kita komplen panas, dia akan berkata, " Haaa ! Di akhirat nanti lagi panas, matahari hanya sejengkal dari kepala! Sejak kecil aku cukup takut memikirkan panas yang termat di akhirat nanti. Sehingga aku dewasa, barulah aku tahu bahawa ada perlindungan dan pertolongan bagi orang-orang yang beriman semasa di Padang Mahsyar. Kita hendaklah berdoa kepada Allah, apabila kita sujud semasa melakukan solat sunat Tahjud berdoalah " Robbi, adkhilni mudkhola sidkhi, waakhrijni mukhrajan sidkhi, waj'alni milladunka sultanannasiro ", yang bermaksud " Ya Tuhanku, ................dan jadikanlah aku dari golongan orang-orang yang mendapat pertolongan ". ( nanti nak cari maksud yang tepat )

Alhamdulillah, kita hendaklah bersyukur kepada Allah. Banyak nikmat kurniaan Allah kepada kita tidak boleh kita sangkalkan. Kerana manusia ramai yang tidak tahu bersyukur maka ada beberapa ayat dalam al-Quran menyatakan ( kebanyakan ) manusia ini sedikitpun tidak bersyukur! Kerana manusia ini ramai yang jenis bongkak dan sombong, maka di tegur Allah begitu dalam surah Assajadah. Ayat teguran itu di sambungkan dengan ayat ini yang bermaksud " Hanya mereka yang mempercai Tanda-tanda Kebesaran Kami ( Allah ) apabila dibacakan kepada mereka, terus sujud dan memuji Kebesaran Tuhan mereka dan tidaklah mereka bongkak dan takbur " , Ayat 15 Surah Assajadah. Apabila kita menunaikan solat subuh di pagi Jumaat, Imam akan membaca surah Assajadah dalam rakaat pertama. Selepas Imam membaca ayat yang berkaitan hendaklah kita terus sujud kepada Allah, sambil membaca, " Sajadawaj hiyalilladzi kholakhohu wasauwarahu wa syakhosam'ahu, wabasorohu, bihaulihi wakhuwatihi, fatabarokallahu ahsanul kholikheen " ( Menganai sujud sajadah lihat entry lama )

Oleh itu hendaklah kita belajar menjadi insan yang tahu bersyukur. Janganlah pula kita menunggu apa-apa yang tidak kena dalam hidup kita baru nak mengadap Allah SWT. Kata peribahasa kita, " Dah terantuk baru nak tengadah " Kita bersyukur semasa kita sihat dan mewah dengan pelbagai kesenangan. Ada banyak cara untuk menunjukan kesyukuran kita. Beribadah jangalah sampai bila-bila masih di takuk yang lama. Hari demi hari, tambahlah sedikit demi sedikit lebih sempurna atau lebih banyak ibadah kita dari hari-hari yang lepas. Kita nak bersedekah janganlah tunggu kita jadi jutawan dahulu baru nak bersdekah. Kita nak pergi haji atau umrah jangan lah tunggu umur dah tua, anak dah bersar, masa lebih mengizinkan.

Sesungguhnya, Allah SWT telah berjanji bahawa sesiapa yang terlalu sibuk hal duniawi sehingga tidak ada masa untuk melakukan perkara-perkara ke jalan Allah, maka Allah akan membuatkan dia bertambah sibuk lagi setiap hari dalam urusan dunia. Pasanglah cita-cita nak memperbaiki diri dari segi ibadah bermula sekarang.

Ada orang berkata bahawa, dia tidak pernah meninggalkan solat 5 waktu, berpuasa di bulan Ramadhan dan sudahpun pergi menunaikan Haji dan Umrah. Apa lagi yang dia perlu buat? Jawapannya amatlah banyak lagi perkara yang boleh dilakukannya. Orang yang jarang bersedekah, mulalah bersedekah sekurang-kurangnya setiap minggu masa pergi solat Jumaat itu bawalah beberapa RM masukan ke tabung masjid. Orang yang jarang pergi berjemaah, hendaklah cuba pergi lebih kerap. Orang yang jarang puasa sunat belajarlah berpuasa sunat. Orang yang belum pernah solat malam cubalah mula bersolat malam. Orang yang tidak pernah memberi makan orang miskin atau anak-anak yatim berilah makan golongan ini.

Tazkirah yang ku tulis ini adalah untuk diriku dan sesiap jua yang ingin membacanya.

Terima Kasih.

Wassallam !












Bunga-bunga adalah di antara nikmat Allah yang mengembirakan kita

8 comments:

  1. Siang tadi pun saya terkeluar cakap , " Kenapalah panas sangat sejak akhir2 ni ?? "

    Izzat pulak yang kata, " Syukur, syukur . "

    Tulah kadang2 tak sedar diri sendiri merungut nikmat yang Allah beri.

    ReplyDelete
  2. tenang hati neeza...
    memang banyak sangat amalan yang kita boleh buat..
    Neeza ingatkan diri neeza yang hidup didunia ni macam sesaat je kalau nak banding hidup di akhirat kan.. apa yang kita buat ni amatlah sikit sebenarnya.. Tapi, kenapalah payah betul nak buat kebaikan.. buat kejahatan senang pulak.. sebab syaitan selalu ada mengapi-apikan.. Nauzubillah...

    terima kasih Mak Teh atas tazkirah hari ni...

    ReplyDelete
  3. Sarina,

    Sebenarnya, mak teh yang selalu sebut begitu ( terkeluar dari mulut ) sebab tak tahan panas. Tulah yang tulis tazkirah ini nak peringatkan diri sendiri!

    Semoga Allah mengampunkan.

    ReplyDelete
  4. Neeza,

    Memang banyak amalan yang kita boleh lakukan setiap hari. Kita hendaklah mengingatkan diri sendiri dan cuba melakukan amalan-amalan itu.

    Kita juga harus ingat memperingatkan sesama sediri, seperti apa yang di maksudkan oleh surah wal'asr.

    ReplyDelete
  5. Terimakasih atas ingatan yang diberikan. Sesungguhnya kita manusia yang sering lalai terlalu asyik dengan urusan dunia. Maka selalulah kita meminta pada Allah agar kita sentiasa mengingatiNya dan janganlah Allah jauhkan kita dariNya

    Salam...Kak Long

    ReplyDelete
  6. Kak Long,

    Selagi kita selalu mengingati Allah SWT, DIA tidak akan melupakan kita. Sedikit kita menghampiri Allah, sedepa lagi Allah mendekati kita.

    Terima kasih kerana banyak memberi sokongan !

    ReplyDelete
  7. Salam,
    kalau tak keberatan saya nak tanya berapa yuran bulanan sekolah dan asrama mak teh ni ?

    ReplyDelete
  8. Salam Along,

    Sila telefon sekolah kami 03 55139880 untuk keerangan lebih lanjut.

    Terima kasih kerana berminat terhadap sekolah kami.

    ReplyDelete