Wednesday 2 September 2009

Hari Ke 12 Berpuasa

Assalamualaikum !

Hari ini merupakan hari ke 12 kita berpuasa. Best ye! Sedar tak sedar sudah hampir setengah bulan kita berpuasa!

Hari ini juga sekolah kami maju setapak lagi, kami telah mula membuat laundry sendiri. ( Lepas ini tak payah bergaduh lagi dengan makcik-makcik kedai dobi lagi, kain yang di hantar hilanglah, kain yang dicuci tak bersihlah, bill yang di kenakan tinggi sangatlah dan macam-macam lagi ). Mesin pembasuh kain jenama Electrolux Komersial muatan 13 KG yang kami beli, telah mula beroperasi. Jadi mulai hari ini kami tidak lagi akan menggunakan perkhidmatan kedai dobi. Dapatlah kami berjimat sedikit. Sekarang kami menghadapi pula satu lagi masaalah. selagi kami tidak membeli mesin penggering kain kami tidak ada tempat jemuran yang sesuai. Perlahan-lahan lah, Insya-Allah kami akan usahakan membelinya. Apa pun kami bersyukur setakat apa yang ada.

Malam tadi kami makan sahur yang disedekahkan oleh kedai makan berdekatan. Esok kami akan order makanan sahur yang ada sedikit kelainan. Malam akhir sebelum bercuti, kami akan adakan majlis berbuka puasa dan solat Tarawih di asrama perempuan. Kami juga akan adakan doa selamat untuk Kin yang akan berangkat ke London melanjutkan pelajarannya 3 hari sebelum Hari Raya.

Pada hujung minggu ini, anak-anak Tahfiz Puteri akan membuat kuih-kuih raya untuk di bawa pulang sebekas seorang. Mereka sudah pandai buat muffin, tarts dan cream puff. Ini adalah untuk menggalakan mereka pandai dan suka akan perkara-perkara berkaitan domestic science.

( Sila beri laluan kepada iklan. Hehehe! )Kami berharap semoga anak-anak didik kami akan pandai dalam semua perkara. Kami menberikan mereka pendidikan yang mantap bak kata orang putih " an all rounded education " Jadi sesiapa yang berkenan nak menghantar anak-anak ke sekolah kami silalah membuat pertanyaan lebih awal supaya anda tidak kecewa nanti kerana tempat adalah terhad! Jangan hanya dengar khabar-khabar angin, marilah lihat dengan mata sendiri!

4 comments:

  1. salam ..
    macamana cara nak bertanya tu..
    ada nombor utk dihubungi atau kena dtg sendiri?
    saya nak tau syarat kemasukan,yuran dan syllibus..

    ReplyDelete
  2. Pinatbate,

    Anda boleh menghubungi sekolah kami O3 55139880. Untuk sekolah rendah hubungi Cikgu Wani. Untuk sekolah menengah boleh bercakap denga Pak haji, Pengetua.

    Terima kasih diatas minat anda.

    ReplyDelete
  3. Nak hantar Mimi saya nanti yang menangis kerinduan sebab dah tak de sapa kat rumah, InsyaAllah cucu-cucu saya nanti akan saya usahakan untuk dapat belajar di sekolah makteh, doakan ye.

    ReplyDelete