Sunday 19 April 2009

Lawatan Ke Planetarium Dan Pameran Buku Antarabangsa

Assalamualaikum!

Kami bertolak dari asrama jam 7.45 pagi dan sampai di Planetarium Negara jam 8.45 pagi. Planetarium hanya membuka pintunya pada jam 9.30 pagi. Jadi ada 45 minit untuk anak-anak tahfiz meronda di kawasan luar bangunan yang mempamirkan beberapa bahan replica monumen seperti the Stonehenge. Pada jam 9.30 pintu bangunan ke bilik pameran di buka. Kami juga telah membeli tiket untuk menonton tayangan filem di Panggung Sky Theatre. Tayangan bermula pada jam 10.00 pagi.

Keseluruhannya lawatan ke Planetarium kali ini bagiku amatlah mengecewakan! Pertama, bilik pameran sedang dalam pengubahsuaian. Jadi bahan pameran sangatlah sikit dan sempit. Bila ramai pengunjung masuk rasa lemas nak pengsan. Aku segera mengumumkan agar anak-anak yang sudah buat pusingan melihat pameran itu keluar sebentar mengambil udara sambil menunggu tayangan bermula.

Kedua, filem yang mereka tayangkan bertajuk " Legends of The Night Sky " adalah sebuah filem kartun yang tidak bermutu dan amat karut mengandungi unsur-unsur bertentangan dengan akidah. Menyesal rasanya aku membawa anak-anak tahfiz menonton filem itu. ( Semasa kami telefon sebelum membuat booking, orang di talian itu memberitahu filem yang akan di tayangkan berjudul lain ). Aku terpaksa buat pengumuman dalam bas kemudiannya bahawa filem itu karut dan jangan terpengaruh dengannya. Ketika itu aku rasa tertipu dan ingin membuat komplen kepada pihak yang bertanggung-jawab agar tidak di hidangkan filem karut dan tidak bermutu itu kepada anak-anak sekolah.

Sedang kami beredar dari kawasan itu, ramai lagi pelajar-pelajar dari pelbagai sekolah datang membuat lawatan mereka ke Planetarium Negara. Bagiku Planetarimu Negara amat mengecewakan ( tidak seperti beberapa tahun dahulu yang aku pernah lawati ) dengan kawasan yang tidak dijaga dan tayangan filem murahan yang amat karut!

Kami makan makanan bekal ia-itu nasi lemak apabila tiba di kawasan parking bas. Itu merupakan makanan rehat jam 10.30 pagi kami. Setelah makan kami beredar menuju ke PWTC pada jam 11.30 dan sampai di sana lebih kurang jam 12.00 tengah hari. Turun dari bas, aku memberi briefing kepada anak-anak tahfiz. Mereka kami lepaskan masuk ke Dewan Pameran Bangunan PWTC berkumpulan 5 orang satu kumpulan. Mereka bebas pergi melawat pameran tersebut dan hendaklah berkumpul semula pada 1.30 tengah hari untuk datang ke tempat bas berhenti.

Tak perlulah aku ceritakan kegirangan mereka meluru ke gerai pameran yang memang mereka sudah rancang bertujuan membeli buku pilihan mereka. Kami bertemu semula jam 1.30 dan menunggu kedatangan bas. Makanan tengah hari sudah berada di dalam bas di hantar oleh Aizad. Apabila semua orang sudah menaiki bas didapati seorang anak tahfiz tidk muncul. Oleh kerana bas tidak dibenarkan tunggu di situ lama, maka aku suruh Pak haji saja pergi bersama mereka teruskan perjalanan untuk ke Tasik Titiwangsa di mana mereka akan berhenti makan tengah hari. Aku juga mengumumkan aku tidak akan terus bersama mereka kerana badan terasa kurang sihat. So aku berpesan dan bertanya samaada mereka boleh diharap menjaga diri tanpaku. Mereka serentak mengiakan kepastian yang kuharapkan. Pak haji membenarkan aku pulang terlebih dahulu setelah mencari anak yang ketinggalan itu. Mengikut rancangan kami mereka akan kembali semula ke Dewan Pameran PWTC selepas makan dan solat. Mereka boleh teruskan melihat pameran itu sehingga jam 5.00 petang.


Kemudian aku masuk semula ke Dewan Pameran untuk mencari anak tahfiz yang tidak muncul itu. Dipendekkan cerita aku terjumpa dia sedang nak keluar ke lobi bangunan. Maka kami bawa dia pulang menaikki van kami yang sedang menunggu untuk bawaku pulang. ( Van yang di bawa Aizad menghantar makanan tengah hari tadi )

Aku balik keletihan dan tertidur. Aku dengar bas membawa rombongan anak-anak tahfiz kami tiba di depan Asrama Puteri jam 6.00 petang. Keseronokkan mereka jelas kedengaran dari celoteh mereka yang penuh keriangan.

Lawatan ke Pameran Buku Antarabangsa telah menjadi satu aktiviti yang tetap dalam jadual kalendar tahunan sekolah kami. Pastinya anak-anak Tahfiz kami akan menunggu kedatangan Pameran Buku Antarabangsa tahun 2010.

Mereka juga menanti-nanti manakah buku yang aku janji akan terbit! Bayangan ceritanya untuk tiga jodol bukuku telh mereka ketahui ( akulah yang telah warwarkan kepada mereka ). Namun bila ya akan muncul buku-buku itu?? Aku telah beri excuse kepada mereka bahawa aku tidak ada masa untuk menulis kerana sibuk menjaga mereka. Hehehe! Any excuse is a good excuse!





Bergambar bersama Angkasawan Negara





Anak-anak Tahfiz Puteri Berangan nak ke Bulan






Cik Su bergambar bersama Sheikh Muzaffar





Anak-anak Tahfiz Puteri sedang relax dalam Panggung Sky Theatre sebelum tayangan






Beratur..... tak sabar nak pekena nasi lemak Mak Aji Best !






Dalam Dewan Pamiran Pesta Buku Antarabangsa 09 di PWTC ....Seronoknya !






Anak-anak Tahfiz Puteri berposing di hadapan bangunan PWTC .... kelihatan keletihan selepas mengunjung Pameran Buku Antarabangsa 09

7 comments:

  1. Kami pun lama dah tak ke planetarium , masa anak2 kecik dulu memang best bawak mereka ke situ. Saya rasa pusat sains amat bagus untuk dilawati , kami ke sana tahun lalu dan pelbagai aktiviti ada.

    Wah ada 3 buku menanti .... tahun depan siap kot :)

    ReplyDelete
  2. Sarina,

    Betul, Pusat sains buat masa ini lebih baik dari Planetarium untuk dilawati. Mungkin akan bawa anak-anak sekolah kami tahun hadapan.

    Kalau ikut waktu ada semangat tu memang rasanya boleh siap. Tapi kalau ikut realiti aktiviti setiap hari nampak susah sikit. Namun dalam hati nak cuba juga. Insya-Allah boleh.

    ReplyDelete
  3. Pesta Buku adalah acara paling menarik dan menyenangkan.

    ReplyDelete
  4. Abang Long,

    Saya bersetuju dengan pendapat Abang Long. Terima Kasih !

    ReplyDelete
  5. Mr Janggel!

    Maaf mak teh tak print komen anda kerana mak teh nak remain anonymous di blog. Namun mak teh amat gembira mendapat tahu anda menyukai buku mak teh dan menyimpannya sebagai kenangan. Buku baru, Insya-Allah akan mak teh usahakan.

    Terima Kasih !

    ReplyDelete
  6. Belum ada kesempatan ke Pesta Buku tahun ni. I bought yr book masa Pesta buku lah dulu....

    ReplyDelete
  7. Mamamia,

    Bawlah anak-anak ke Pesta Buku tentu akan mengembirakan mereka.

    Buku itu dah nearly sold out and the printers would not reprint unless I produce a new title.

    ReplyDelete