Saturday 11 April 2009

Hari ' Outing ' Kami

Salam semua!

Pagi ini bolehlah mak teh relax sedikit. Hari ini kami panggil ' Hari Outing ' iaitu hari keluarga datang melawat dan boleh bawa anak-anak mereka keluar dari jam 11.30 pagi hingga jam 6.00 petang. Jadi hari ini makanan tengah hari tidak disediakan.

Sekarang anak-anak tahfiz sedang buat latihan kawad dan ada yang sedang berlatih memanah. Kami akan menghantarkan 4 orang wakil untuk ke pertandingan memanah antara sekolah-sekolah Selangor yang akan berlangsung Hari Kahamis depan di Extreme Park Shah Alam. Walaupun ibubapa dibenar mengambil anak-anak mereka jam 11.30 nanti, aku percaya ramai di antara mereka sudah berada di tepi padang sekolah untuk menyaksikan anak-anak mereka berkawad dan memanah. Begitulah yang selalunya berlaku.

Pagi ini aku boleh pergi pasar lambat sedikit, boleh lepak-lepak, kemudian bolehlah aku dan Pak haji juga keluar outing. Rasanya nak keluar pergi shopping sedikit barang keperluan kami berdua. Nak rasa juga keluar berdua-duaan dengan Pak haji sekali-sekala. Kalau ada yang ternampak di mana-mana shopping kompleks di PJ ada seorang mak cik yang sedikit rendah dan sedikit gempal dan seorang Pak haji yang berkopiah putih dan berjanggut putih berjalan berpegangan tangan, besar kemungkinn kamilah tu. Hehehe!

OK, sekarang aku nak pergi bersiap-siap untuk ke pasar dan selepas itu nak berjumpa dengan ibubapa yang ada hajat nak berjumpa denganku. Selepas itu nak keluar pergi shoppinglah!

Selamat Berhujung Minggu !

4 comments:

  1. Selamat berehat dan selamat bershopping Mak Teh dan Pak Aji. Kami pun seronok dapat jumpa anak kami dihujung minggu ni.

    Maaf, hari tu tak tinggalkan nama.

    Salam
    Kak Long

    ReplyDelete
  2. bestnya.. masih romantic gitu Mak Teh, jalan pegang tangan sampai veteran.. (bukan tua tau..).
    satu contoh yang patut diikuti.. :)

    ReplyDelete
  3. Kak Long, terima kasih!

    Eloklah pergi jenguk selalu anak-anak yang tinggal di asrama tu. Mereka juga merindui ibubapa dan keluarga mereka.

    Kankah sedap apabila ada nama untuk dipanggil.

    ReplyDelete
  4. Neeza,

    Sejak dari muda-muda dulu kami macam tu. Pernah kenalan-kenalan yang dari angkatan yang lebih muda geli hati melihat telatah kami dan memberi komen mereka. ( Mereka sukalah lihat kami yang dah senior ni macamtu hehehe! )

    ReplyDelete